APA ITU KESURI?

KESURI ialah satu kelab kebajikan Sukan dan Rekreasi,  Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan staf di FKM, juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli tanpa mengira pangkat dan kedudukan melalui penglibatan dalam aktiviti KESURI. Tujuan penubuhan ini juga adalah untuk meningkatkan kompetensi kerja melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

KESURI diuruskan oleh satu Jawatankuasa Eksekutif yang merupakan kuasa tertinggi selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Dekan fakulti merupakan penaung dan juga penasihat kepada Kelab.

SIAPA AHLI KESURI?

Semua staf FKM yang berkhidmat di UTeM akan menjadi ahli secara automatik. Setiap ahli perlu membayar yuran keahlian mengikut kaedah dan kadar yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

FAEDAH DAN KEISTIMEWAAN AHLI KESURI

Semua ahli kesuri  akan menerima faedah dan keistimewaan tanpa mengira pangkat. Di atas keperihatinan KESURI setiap ahli akan mendapat faedah dan keistimewaan berikut :

1.       Sumbangan berbentuk wang tunai sekiranya berlaku :



a)      Kematian Ahli

b)      kematian ahli keluarga

c)       Perkahwinan

d)      Kelahiran anak

e)      Ahli masuk Wad

f)       Keluarga ahli masuk wad

g)      Musibah

2.            Pinjaman kecemasan

3.            Cenderahati perpisahan