PENGURUSAN KESURI

KESURI akan diuruskan oleh satu Jawatankuasa Eksekutif yang merupakan kuasa tertinggi selepas AGM. Jawatankuasa Eksekutif  terdiri daripada 10 orang , calon-calon Jawatankuasa Eksekutif ini telah dilantik oleh ahli KESURI semasa AGM. Jawatankuasa Eksekutif KESURI terdiri daripada :

Pengerusi    Memastikan pengurusan pentadbiran am dan hal ehwal KESURI berjalan lancar.

Timbalan Pengerusi  -  Mambantu pengerusi, melaksanakan tugas-tugas pengerusi sekiranya ketiadaan pengerusi

Setiausaha  -  bertanggungjawab ke atas pentadbiran am KESURI dan penyampai maklumat  terhadap aktiviti-aktiviti KESURI kepada semua ahli.

Bendahari  -  bertanggungjawab terhadap pentadbiran am kewangan, menyelia akaun, menyediakan penyata kewangan.

Ketua Biro Sukan dan Rekreasi  -  Merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menggalakkan ahli melibatkan diri dalam apa jua bentuk sukan atau permainan. Juga bertanggungjawab untuk merancang aktiviti-aktiviti rekreasi dan lawatan berbentuk social.

Ketua Biro Kebajikan & Hubungan staf  -  Memastikan kebajikan ahli santiasa dijaga terutama dalam memupuk hubungan mesra antara ahli disemua peringkat. Juga bertanggungjawab untuk melaksanakan kutipan derma bagi meringankan beban ahli-ahli yang melanda musibah. Biro ini juga bertanggungjawab untuk memilih ahli bagi mewakili KESURI di dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial.

Biro Penerbitan & Ilmiah  -  bertanggungjawab mengadakan program-program berbentuk keilmuan dan menerbitkan Buletin KESURI dan merekodkan acara-acara yang berlaku atau dianjurkan oleh KESURI.

Biro Hal Ehwal Wanita  -  Bertanggungjawab merancang program yang melibatkan ahli-ahli wanita sahaja. Berhubung rapat dengan Ketua Biro Hal Ehwal AJK Wanita BAKUTEM yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh biro tersebut. Berhubung rapat dengan PUSPANITA bagi aktiviti yang berkaitan.

Biro Hal Ehwal Kerohanian dan Agama  -  Bertanggungjawab mengadakan program-program berbentuk keagamaan dan menjurus kepada pembentukan sahsiah terpuji. Bekerjasama dengan biro Penerbitan & Ilmiah dalam menghasilkan artikel berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Berhubung dengan Hal Ehwal Agama BAKUTEM berkaitan dengan segala aktiviti kerohanian dan keagamaan yang dijalankan.